Biografi Kehidupan Nabi Muhammad SAW Edisi Bahasa Indonesia - Jannah Firdaus Mediapro - Böcker - Blurb - 9780464685913 - 23 augusti 2024
Om omslag och titel inte matchar är det titeln som gäller

Biografi Kehidupan Nabi Muhammad SAW Edisi Bahasa Indonesia

Jannah Firdaus Mediapro

Pris
SEK 269

Beställningsvara

Förväntad leverans 17 - 26 dec
Julklappar kan bytas fram till 31:e januari
Lägg till din iMusic-önskelista

Biografi Kehidupan Nabi Muhammad SAW Edisi Bahasa Indonesia

Muhammad bin Abdullah (570 M-8 Jun 632 M) merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat Islam. Lebih dikenali sebagai Muhammad atau Nabi Muhammad SAW, baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Nabi Muhammad SAW dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain. Dilahirkan di Kota Suci Makkah, Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (ad-Din) yang diterima Allah SWT sahaja. Nabi Muhammad SAW menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Nabi Muhammad SAW telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah.

Media Böcker     Pocketbok   (Bok med mjukt omslag och limmad rygg)
Releasedatum 23 augusti 2024
ISBN13 9780464685913
Utgivare Blurb
Antal sidor 216
Mått 127 × 203 × 12 mm   ·   217 g
Språk Engelska  

Visa alla

Fler produkter med Jannah Firdaus Mediapro